Saturday 25 March 2017

PROSES FOTOSINTESIS

Edit Posted by with No comments



Fotosintesis


APA ITU FOTOSINTESIS?

  • Fotosintesis adalah suatu proses mensintesiskan sebatian organik daripada air dan karbon dioksida dengan tenaga cahaya matahari yang diserap oleh klorofil.


Gambar menunjukkan proses fotosintesis oleh tumbuhan



MEKANISME FOTOSINTESIS
  • Fotosintesis berlaku dalam dua peringkat tindak balas iaitu tindak balas cahaya dan tindak balas gelap.

 TINDAK BALAS CAHAYA 
  • Tindak balas cahaya fotosintesis berlaku dalam kehadiran cahaya matahari dan klorofil iaitu didalam granum. 
  • Tenaga cahaya diserap oleh klorofil untuk menghasilkan tenaga kimia dalam molekul adenosine trifosfat (ATP) untuk kegunaan tindak balas gelap. 
  • Selain itu cahaya matahari yang diserap klorofil juga untuk fotolisis air iaitu menguraikan molekul air kepada hidrogen dan oksigen. 
  • Oksigen terbebas sebagai gas dan hidrogen masuk ke dalam fasa tindak balas gelap.

TINDAK BALAS GELAP
  • Walaupun tindak balas gelap fotosintesis menggunakan hasil dari tindak balas cahaya fotosintesis, proses ini tidak memerlukan tenaga cahaya secara langsung.
  •  Tindak balas gelap fotosintesis boleh berlaku pada waktu siang dan malam.  
  • Tenaga kimia (ATP) dan hydrogen daripada fotolisis air digunakan untuk menurunkan karbon dioksida kepada glukosa (karbohidrat).


Kloroplas merupakan tapak fotosintesis

Faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis :

  • Keamatan cahaya
  • Kepekatan karbon dioksida 
  • Suhu persekitaran
  •  Air

PERBEZAAN ANTARA TINDAK BALAS CAHAYA DAN TINDAK BALAS GELAP

SIFAT
TINDAK BALAS CAHAYA
TINDAK BALAS GELAP
Keperluan Cahaya
Perlu
Tidak perlu
Tapak fotosintesis
Granum
Stroma
Tindak balas yang terlibat
Tindak balas fotolisis
Tindak balas biokimia
Molekul ATP dan atom hidgrogen
Hasilkan molekul ATP dan atom hidrogen
Menggunakan molekul ATP dan atom hidrogen
Produk akhir hasil tindak balas
Oksigen dan air
Glukosa dan air
Bahan mentah yang digunakan
Air
Karbon dioksida


















PENYESUAIAN TUMBUHAN DARIPADA HABITAT BERLAINAN 
DALAM MENJALANKAN PROSES FOTOSINTESIS


1. TERAPUNG DI PERMUKAAN AIR ( CONTOHNYA TERATAI) 
  • Tisu berongga supaya dapat memerangkap cahaya matahari secara optimum pada daun terapung di permukaan air.  
  • Tisu berongga memudahkan resapan gas karbon dioksida untuk fotosintesis serta oksigen untuk respirasi. 
  • Mempunyai stoma di Memudahkan penyerapan gas karbon dioksida daripada permukaan atas daun udara untuk berfotosintesis sahaja. 
  • Permukaan atas daun dilindungi kutikel berlilin untuk mengawal kehilangan air berlebihan melalui proses transpirasi .
  • Lapisan sel epidermis yang memudahkan cahaya menembusi ke tisu palisad daun. lut sinar. 
  • Lapisan mesofil palisad bagi mengoptimumkan penyerapan cahaya matahari untuk mengandungi banyak berfotosintesis. kloroplas.

2. HIDUP DI DARAT (CONTOHNYA BUNGA RAYA)

  • Lebih banyak stoma(dengan sel pengawal) di permukaan bawah daun daripada di permukaan atas daun bagi memudahkan gas karbon dioksida masuk ke dalam daun  di untuk berfotosintesis dan mengurangkan kehilangan air. 
  • Kutikel daun yang berlilin untuk engurangkan transpirasi 
  • Banyak kloroplas dalam sel mesofil palisad dan mesofil berspan bagi memerangkap cahaya matahari untuk fotosintesis. 
  • Epidermis daun yang lut untuk memudahkan kloroplas mendapatkan cahaya matahari
  • Jaringan urat daun bagi memberikan sokongan dan membawa air melalui salur xilem


3. TENGGELAM DALAM AIR ( AKUATIK : CONTOHNYA HYDRILLA SP)
  • Sangat sedikit atau tiada pembentukan kutikel permukaan luar epidermis bagi embenarkan penyerapan air dan gas karbon dioksida pada terus dari air sekeliling untuk berfotosintesis 
  • Tiada stoma pada daun  
  • Daun kecil dan terbahagi utntuk menghasilkan luas permukaan yang lebih banyak untuk bahagi penyerapan dan berfotosintesis. 
  • Mengandungi banyak rongga udara dalam  batang dan daun untuk memberikan kesan pengapungan dan sokongan yang membenarkan penyerapan cahaya matahari yang optimum. 
  • Sangat sedikit atau tiada pembentukan kutikel permukaan luar epidermis bagi membenarkan penyerapan air dan gas karbon dioksida pada terus dari air sekeliling untuk berfotosintesis. 


4. KAWASAN KERING (CONTOHNYA KAKTUS) 
  •  Daun berbentuk duri bagi mengelakkan kehilangna air melalui proses transpirasi. 
  • Batang sukulen untuk penyimpanan air 
  • Bilangan stoma yang sedikit serta terbenam jauh dari epidermis dan kutikel batang yang berlilin bagi mengurangkan transpirasi dan kehilangan air.  Stoma perlu untuk pengambilan gas karbon  dioksida untuk berfotosintesis. 
  • Batang berwarna hijau terdapat banyak klorofil untuk berfotosintesis. 
  • Daun berbentuk duri untuk mengelakkan kehilangna air melalui proses transpirasi.



0 comments:

Post a Comment