Wednesday 29 March 2017

SAINS ITU MENYERONOKKAN !

Edit Posted by with No comments
Kenapa Sains itu Menyeronokkan

Pelajaran sains satu yang menarik jika diminati. Ia lebih kepada membuat eksperimen dan membina kefahaman hasil daripada dapatan. 




    Bidang sains harus dilihat sesuatu yang menyeronokkan oleh semua peringkat usia, tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.Di Barat, guru-guru mata pelajaran sains terlibat secara langsung menerusi projek-projek sains yang dilaksanakan oleh pelajar mereka. Malah tidak itu sahaja, para pelajar turut didedahkan dengan pembelajaran sains yang melibatkan eksperimen, penerokaan, mencabar minda dan relevan dengan situasi semasa.

      Manakala, di pihak ibu bapa pula, mereka sentiasa memberi galakan serta tidak kurang juga yang sanggup membelikan apa sahaja set permainan berunsur sains demi memupuk minat anak-anak pada peringkat awal usia.Menjadikan bidang sains itu satu bidang yang menarik dan menanamkan benih kesukaan atau minat sejak dari usia kecil, sama ada di rumah mahupun di sekolah, pada hakikatnya amat perlu.Lebih-lebih lagi diketahui bahawa ilmu sains itu sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian manusia dan kehidupan beragama. 

     Malah, lebih tepat dikatakan ilmu sains dan ilmu agama tidak boleh dipisahkan.Ini kerana, sifat semula jadi makhluk yang bernama manusia sentiasa ingin mengetahui pelbagai perkara yang berlaku dalam kehidupan ini seperti; kejadian siang dan malam, bagaimana ikan boleh bernafas dalam air, mengapa haiwan tidak boleh bertutur seperti manusia, apakah perbezaan antara lelaki dan perempuan, dari mana datangnya bayi dan banyak lagi.
Marilah kita sama-sama menerapkan minat dalam diri anak-anak pada bidang sains kerana banyak manfaat yang boleh diperoleh dengan meneroka bidang sains.Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) juga terus komited dalam usahanya menyemai minat masyarakat dalam bidang sains sekali gus menambah bilangan pelajar yang menceburi bidang berkenaan.Ini kerana kebanyakan mereka berfikiran bahawa sains adalah satu bidang yang sukar .Padahal jika diamati bidang sains menyediakan pelbagai cabang yang boleh dikaitkan dalam kehidupan."Science is Fun".

0 comments:

Post a Comment